Sunday, May 22, 2011

Setelah Sekian Lama Menghilang

Assalamualaikum



huhu, lama tak aku tak update blog? hehe, lately ni aku tersangatlah busy. rumah tengah renovate then kitorang satu family pindah dok umah abang aku yg jaraknye ade la dalam 15 minit kalau jalan kaki laju-laju. udah la kat umah abang aku ni takde internet. so, tak boleh la nak online. kalau kat rumah parents lak pakai streamyx. streamyx kan sambung ngan line telefon rumah. takkan la kitorang nak bwk skali line telefon rumah tu. rase terseksa sebab tak boleh online tau T_T



sekarang ni baru la boleh online sebabnye abang aku da pasang unifi kat rumah die. wahh rase cam heaven gile. sebabnye aku rase kebosanan yang melampau kalau tak online. walaupun byk bende lain yg boleh buat kat rumah selain online, tapi aku rase cam ketinggalan byk bende kalau sehari tak online. betul tak? aku tak tau la kalau aku sorang je yg rase camtu kan. haha



tapi kan korang, esok aku dah nak betolak pegi kuala pilah. aku sambung blaja kat matrik kat sane, tempat abang aku dulu. die pon blaja kat sane so bile dapat tau yg aku pon ditempatkan kat sane, die pon beriye-iye soh aku pegi. pastu die ckp 'nanti sok mesti ko nangis. homesick'. HAHA. boleh blah la derr. aku dulu lima tahun dok ostel. nak homesick kemendenye. cam klaka je dgr die ckp camtu. kakak aku yang dgr pun tergelak-gelak die.



huh, penat la nak menaip panjang-panjang. udah la barang tak abes kemas lagi ni. ok la. lepas ni ntah berapa bulan sekali baru aku nak jenguk blog ni. tapi jgn risau. aku takkan biarkan ko penuh dengan sarang labah-labah ye blog. huahuahua. ok korang sume. tata!



from mr. google

Thursday, April 7, 2011

Penangan Hantu Kak Limah

Assalamualaikum.




da lebih kurang seminggu lebih tak update blog. rindunye kat blog ni. haha. ok la straight to the point. HANTU KAK LIMAH makin popular kan sekarang? mentang2 la USOP WILCHA masuk ABPBH, da makin naik la nama KAK LIMAH. pegi mane-mane pon nampak kak limah. kat mane-mane pon nampak usop. geli pulak hati ni. sampai kat pasar raya pon ade mereka ni.




SITUASI 1


semalam aku bersama emak dan kakak pegi pasar raya. time tu hari da nak hujan. parking pulak penuh. terpaksa la kami menunggu satu kereta ni blah dari parking. dorang satu family da masukkan barang-barang dalam kete. tinggal nak hidup enjin and beredar dari situ.


tengah nak tunggu kete tu blah, straight depan kete kitorang ade satu family lain yang naik van. dorang da nak balik dari pasar raya tu. tetibe aku nampak sorang makcik ni bangun daripada duduk atas wheelchair and bersedia untuk masuk dalam van. dua orang anak teruna makcik tu pulak (aku agak je la tu anak die) nak masukkan wheelchair tu dalam van. skali salah sorang dari dorang pegi duduk atas wheelchair pastu pegi alunkan tangan die. sebijik macam USOP WILCHA. haha. mak aku pun ternampak bende yang sama terus tergelak.





SITUASI 2


okay, bile da dapat parking, kitorang pon lari-lari anak masuk dalam pasar raya memandangkan dah dengar guruh yang menandakan hujan nak turun. sampai dekat tempat troli kakak aku suruh aku yang tolak troli tu. okay fine. aku pon dengan berat hati tolak la troli yang kosong tu.


kitorang jalan dekat sebelah kedai yang tepi-tepi jalan tu. skali berselisih dengan satu family ni. ade si emak, si bapak and si anak teruna. bile lalu je sebelah dorang, aku dengar si anak and si ayah cakap :

si ayah  :  ce citer ce citer....
si anak pon  :  ce citer ce citer...


aku  :  ntah pape ntah anak beranak ni -_- (dalam hati)




SITUASI 3


da selesai membeli belah, hujan pun da nak benti. still renyai-renyai. time kitorang sibuk shopping hujan lebat gile. pastu tempat parking tu pulak tak de bumbung. kene la lari nak pegi kat kereta. yang aku ni nak jalan pelan-pelan sebab time tu aku pakai selipar. so, taknak la air hujan tu terpercik kat seluar aku. paham tak? kalau tak paham try pakai selipar pastu jalan laju-laju dekat jalan yang ade air hujan, lagi-lagi jalan yang berpasir. pastu cube tengok seluar korang belah belakang. sure kotor punye. tak percaye cubelah!


dengan lembutnye aku jalan tak perasan pulak kakak and mak aku kat belakang aku tengah tolak troli. dah la aku jalan lambat. skali kakak aku bising. die cakap 'ke tepi ke tepi'. hmm. ni lagi sorang macam USOP WILCHA. tak abes-abes dengan si usop ni. hari tu rase macam hantu kak limah kejar aku. kat mane-mane pon ade bayangan mereka.




kadang-kadang kalau dengar hari-hari bende ni pun ade rase menyampah jugak. betul tak?

Sunday, March 27, 2011

KITA KAWAN KAN ??

Assalamualaikum.


sambungan aktiviti meLAGHAkan...meh ler kite join contest. hehe. sedikit sebanyak boleh lupekan result ku itu. meh nak bagi briefing sikit. contest ini dianjurkan oleh cik gorgeous a.k.a CG. okey, CG ni da bernazar bahawa apabila follower beliau da sampai 300, maka beliau akan menganjurkan contest or giveaway or yang sewaktu dengannye. jadi, dengan niat membayar nazar maka terhasillah contest ini. (memandai je aku ni) hehe.



KLIK untuk join!




saya suka gambar ini sebab :

  1. kalau tak silap time ni kali terakhir keluar ramai-ramai ngan kawan-kawan.sekarang tinggal kenangan je.nak keluar ramai-ramai pun susah. semua pun busy.
  2.  bile tengok balik gambar ni, teringat kisah dulu-dulu gaduh la..pe la..biase la, budak-budak, tak matang lagi.
  3. semua bajet cool je padahal da berpeluh-peluh jelajah satu taman kat KLCC semate-mate nak bergambar je.HAHA


tagline khas untuk cik gorgeous :


sakit mata? meh ler cuci mata kat blog cik gorgeous!!



sekarang nak tag :







ok done! thank you cik gorgeous sebab invite kite ek =)

mengubati kekecewaan dengan aktiviti yang meLAGHAkan

Assalamualaikum.


rasenye semua orang tau yang result spm dah keluar kan. dalam berita ade, surat khabar ade, even blogger-blogger yang sama baya ngan aku pon da post entry pasal result spm dorang. itu comman la kan. kire cam entry aku ni da basi la ek. so, sekarang mari kite lupekan hal spm. spm tinggal sejarah. tak payah nak tanye result aku bape. ade kene penampar kang. haha, tak pasal.



jadi untuk mengubat kekecewaan aku kerana result spm tidak semeriah rakan-rakan yang lain - mostly rakan sekelas sebab kelas aku tu yang super duper sume pandai-pandai gile nak mampus. sampai ade rakan sekelas aku, meh kite bold and caps lock kan - RAKAN SEKELAS adalah calon spm terbaik peringkat kebangsaan. kebangsaan tuuu.. cume aku je yg mcm tersesat kat situ. hukhuk.



orang lain ckp result aku takde la teruk sgt. yang pasti dapat anugerah cemerlang la. tapi biase la lumrah manusia, alhamdulillah da dapat result elok, die nak lagi elok. macam aku la, da dapat tutt a, kalau boleh nak straight a's. time ni la baru nak menyesal. kenape la aku tak blaja elok-elok? yang tak dapat a tu pun sume dapat b+. lagi sikit je. kenapa? kenapa? kenapa? nak menyesal pun da tak gune. nasi da jadi bubur.



itu pasal la. aku ckp nak lupekan sume bende pasal spm. tapi kenape cam tak bole lupe je ni. ye la anugerah cemerlang tak lepas lagi. nanti bile aku naik pentas bile emcee umumkan sape yg dapat tutt a, yakni aku la orangnye. nanti sume budak class aku cam pandang serong or simpati ngan aku. damn! I don't need your sympathy. apesal aku rase sgt tension ni. korang mesti tak paham. ishh benci benci benci!!



ok, dah la tu. nak emo emo pulak aku ni. so, sehari suntuk, memandangkan sekarang da 27 March, jadi aku cite pasal semalam la. semalam aku mem-busy-kan diri menyiapkan free gift untuk kenduri kawen abang aku bulan enam nanti. lambat lagi. bile pikir nanti lagi banyak keje nak kene buat, baik buat bende tu awal-awal. keje senang je kot. ikat tuala. hehe.


tadaa. mcm2 warne ade. pilih je nak yg mane satu. biru?hijau?merah?kuning?



da siap packing da. bagusnye anak dara ni buat keje. hehe



sehari suntuk buat bende alah ni sampai lupe aku kat result spm aku tu. mane taknye, asyik pikir bile nak siap ni. ngantuk la....pe la....macam-macam. kene ikat seribu lebih kot. ni baru buat empat ratus lebih. pastu nanti ade la keje-keje lain yang menyusul, macam packetkan gula-gula la, masukkan tuala dalam beg kertas la, buat muffin la. sume aku kene tolong. mentang-mentang la aku je yg free takde buat pape. sume keje lambakkan kat aku.



takpe takpe. nanti bile tibe time aku, sume bala tentera kene bergotong royong membntu aku. HAHA. ok la. da ngantuk. daa =)